
Cuci Interior Kereta di
KL & Setapak
Servis cuci interior kereta untuk tempat duduk, karpet, lantai, panel pintu dan bau dalaman — daripada cucian permukaan hingga deep wash, karpet basah dan rawatan tumpahan

Kami bukan setakat melakukan pembersihan asas, kami juga menyediakan pembersihan yang mendalam dan menyeluruh sekiranya diperlukan. Kami juga dapat membuka sepenuhnya kereta interior anda untuk melakukan Deep Wash dan Steam Wash yang serba lengkap.

Penghapusan Serangga & Bakteria penuh juga disediakan mengikut permintaan.
Why we didnt Provide onsite Service ?

Car Interior Surface Clean
(Estimate 4-5 Hours)
Surface Cleaning sesuai untuk kereta yang digunakan setiap hari dan memerlukan cucian dalaman yang lebih segar. Servis ini disarankan untuk kotoran biasa, habuk, kesan ringan, bau ringan dan penjagaan kebersihan dalaman.
Team kami akan membersihkan bahagian dalaman yang mudah dilihat dan selalu digunakan dengan teliti, termasuk tempat duduk, karpet, floor mat, panel pintu, dashboard, centre console dan bahagian yang kerap disentuh. Fokus utama adalah untuk menjadikan kabin lebih bersih, lebih segar dan lebih selesa untuk penggunaan harian.
Bergantung kepada material dan keadaan interior, kami menggunakan kaedah cucian yang sesuai seperti steam cleaning, cucian shampoo dan water extraction. Untuk tempat duduk leather, permukaan akan dibersihkan menggunakan leather cleaner yang sesuai dan disapu conditioner selepas cucian
Per Seat / All Seat From
Full Interior From
Car Interior Deep Wash
(Estimate 1-2+ malam)
Interior Deep Wash disarankan untuk kereta yang mempunyai masalah dalaman seperti bau kuat, tumpahan makanan atau minuman, muntah, air kencing, kulat, karpet basah, kebocoran air, air banjir atau kesan kotoran yang tidak dapat diselesaikan dengan cucian permukaan biasa.
Servis ini juga sesuai untuk pelanggan yang baru membeli kereta terpakai, atau kereta yang telah digunakan selama bertahun-tahun dan memerlukan cucian dalaman yang lebih menyeluruh.
Selepas pemeriksaan keadaan kereta, kami akan membuka bahagian interior yang terjejas jika diperlukan, seperti tempat duduk, karpet, floor mat atau panel interior tertentu, supaya kotoran yang tersembunyi dapat dicuci dengan lebih betul. Bahagian yang dibuka akan dicuci, dibersihkan, dikeringkan dan dipasang semula dengan teliti.
Kami menggunakan kaedah yang sesuai seperti cucian shampoo, steam cleaning, water extraction, deep rinsing dan pengeringan yang betul mengikut material dan keadaan interior. Tujuan utama adalah untuk mencuci punca masalah, bukan sekadar menutup bau dengan perfume atau ozone.
Pakej ini boleh dibuat sebagai full interior deep wash atau hanya untuk bahagian tertentu sahaja, seperti satu tempat duduk, kawasan karpet, bahagian boot atau kawasan yang terjejas. Sila WhatsApp detail masalah kepada kami supaya kami boleh cadangkan cara cucian yang sesuai, anggaran harga dan masa yang diperlukan.
1 Bulan Mold Warranty
Per Seat / All Seat From
Full Interior From


Cuci Bahagian Dalam Kereta Masuk Air / Banjir
(Estimate 4-5 Hours)
Kalau kereta anda terendam air, air hujan masuk melalui tingkap terbuka, atau lantai dan karpet kereta basah kerana bocor, jangan panik!
Di Jupiter Car Detailing Centre, kami menawarkan perkhidmatan cuci bahagian dalam kereta yang dimasuki air (flooded car cleaning) dan baik pulih kebocoran air untuk memastikan kereta anda kembali bersih, kering dan selamat digunakan.
Kami pakar dalam menangani:
-
Kereta yang terendam banjir atau dimasuki air hujan lebat
-
Kebocoran air dari sunroof, getah pintu, atau lantai
-
Karpet dan span bawah karpet yang basah
-
Bau hapak dan bakteria akibat kelembapan tersekat
-
Kami menggunakan mesin penyedut industri, sistem pengeringan UV/infrared dan rawatan antibakteria untuk memastikan seluruh bahagian dalaman kereta kering sepenuhnya, bebas bau, dan bersih seperti baru.
Sesuai untuk masalah seperti:
“kereta masuk air,” “karpet kereta basah,” “air hujan masuk kereta,” “lantai kereta basah selepas hujan,” “kereta bocor dari pintu atau bumbung.””Muntah” ”Minuman Tumpah”
Harga Estimate
Contact Us
Car Odour Removal ,Ozone Treatment & spillage Cleaning
(Estimate time TBC)
Kereta berbau busuk akibat tumpah sup, minuman, susu, makanan, air kencing atau muntah?
Kami membantu membersihkan kawasan yang terkena kotoran seperti seat, carpet dan bahagian dalaman kereta, kemudian lakukan proses pengeringan dan ozone treatment untuk membantu mengurangkan bau yang melekat.
Nota: Ozone treatment bukan pengganti kepada cucian. Untuk bau yang kuat, punca kotoran perlu dibersihkan terlebih dahulu supaya hasil lebih berkesan dan bau tidak mudah kembali.
Price Range
Contact

Mengapa Pilih Jupiter Car Detailing?
Pakar & Spesialis Kebersihan Interior Kereta: Kami telah menyelesaikan 1,000+ masalah kebersihan & higienis sejak 2016. Worry Free, Hasil dijamin.



















