top of page
sika 529.jpg

Sikaflex 529 Evolution Protection

Jupiter Car Detailing Centre disenaraikan oleh Sika Malaysia sebagai salah satu kedai untuk Sikaflex®-529 Evolution di Klang Valley.

Di car detailing centre kami menyediakan aplikasi profesional Sikaflex®-529 Evolution untuk kawasan perlindungan kenderaan yang terpilih. Servis kami buat masa ini fokus kepada dua kawasan praktikal: wheel arch protection dan selected interior floor metal protection.

Sikaflex 529 Evolution ialah produk perlindungan automotif profesional daripada Sika, direka untuk membantu sealing, damping dan melindungi kawasan badan kenderaan yang sesuai. Ia biasa digunakan untuk membantu perlindungan terhadap stone chip, hentakan jalan, getaran dan bunyi besi kosong.

Sika 529 benefit di jupiter car detailing.webp

Wheel Arch Protection & Interior Floor Metal Protection oleh Jupiter Car Detailing

Untuk kawasan wheel arch, perlindungan ini membantu mengurangkan kesan batu kecil, pasir, lumpur dan road debris yang dibaling oleh tayar semasa pemanduan harian. Untuk kawasan lantai besi dalaman yang terpilih, ia membantu menambah sokongan perlindungan, mengurangkan getaran, mengurangkan bunyi besi kosong dan memberi rasa kabin yang lebih solid.

Sebelum aplikasi dibuat, pasukan kami akan memeriksa keadaan kenderaan, membersihkan dan menyediakan kawasan yang sesuai dengan betul, kemudian menasihatkan bahagian mana yang sesuai untuk servis perlindungan ini. Kami tidak sekadar spray tanpa pemeriksaan.

sikaflex 529 wheel jupiter car detailing.jpg

Wheel Arch Protection

(Estimate 1 malam)

Kawasan wheel arch selalu terdedah kepada hentakan jalan seperti air, pasir, lumpur dan batu kecil yang dibaling oleh tayar.

Servis Sikaflex 529 Evolution wheel arch protection kami membantu menambah lapisan perlindungan di sekitar kawasan tayar. Ia membantu dari segi stone chip protection, pengurangan getaran dan rasa pemanduan yang lebih solid.

Price From :

Contact us for Quatation

Interior Floor Metal Protection

(Estimate 3-4 hari)

Sesetengah kereta mempunyai kawasan lantai besi yang tersembunyi di bawah carpet kabin. Kawasan ini boleh terkesan akibat carpet basah, kebocoran air, pembersihan banjir atau lembapan jangka panjang.

Servis interior floor metal protection kami fokus kepada kawasan lantai besi dalaman yang terpilih selepas pemeriksaan. Ia membantu mengurangkan getaran, bunyi besi kosong dan risiko karat akibat lembapan.

Sesuai untuk:

Kereta yang pernah mengalami masalah carpet basah

Kereta selepas pembaikan kebocoran air atau pembersihan banjir

Kawasan lantai besi dalaman tertentu yang memerlukan perlindungan tambahan

Contact us for Quotation

sikaflex 529 interior jupiter car detailing.jpg

Mengapa Pilih Jupiter Car Detailing?

Jupiter Car Detailing Centre ialah kedai car detailing yang berlokasi di Setapak, Kuala Lumpur. Sejak 2016, kami telah mengendalikan banyak masalah dalaman kereta seperti carpet basah, kebocoran air, pembersihan kereta banjir, pembuangan bau, kawalan serangga dan kerja membuka bahagian interior kereta.

Untuk servis perlindungan ini, kami fokus kepada pemeriksaan yang betul, persediaan kawasan yang sesuai dan aplikasi yang berhati-hati. Kami tidak sekadar spray tanpa pemeriksaan.

Get in Touch

Kedai Detailing Kereta kami terletak hanya 5 minit dari Wangsa Maju, 15 minit dari Gombak, dan hanya 18 minit dari Ampang, menjadikannya mudah diakses dari semua kawasan berdekatan.

AM19 ,Jalan Bakubang 2 , Taman Setapak Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Malaysia

©2016 by JUPITER CAR DETAILING Centre 

BRN : 002587932-T

bottom of page