
Pembaikan Kebocoran Air & Cuci Interior Kereta
Kereta masuk air, carpet basah atau interior berbau selepas hujan? Kami bantu periksa dan baiki punca water leakage, kemudian cuci serta keringkan bahagian dalaman kereta yang terjejas dalam satu servis.

Dengan pengalaman hampir 10 tahun, kami bantu periksa dan kenal pasti punca air masuk dalam kereta, kemudian cadangkan solution repair yang sesuai sebelum proses cucian interior dibuat.

Kami cuci dan keringkan bahagian interior yang terjejas seperti carpet, seat dan undercarpet foam untuk Hilang/ kurangkan bau lembap,dan bau busuk

Servis Baiki Kereta Masuk Air & Cuci Interior
(Estimate 3-4 Hari )
Di Jupiter Car Detailing, kami menyediakan servis lengkap untuk baiki kereta masuk air dan cuci interior kereta. Servis ini sesuai untuk kereta yang mengalami masalah water leakage, carpet basah selepas hujan, air bawah karpet, bau hapak, bau lembap, seat basah atau kelembapan tersembunyi di bahagian dalaman kereta.
Proses kami bermula dengan pemeriksaan interior secara teliti. Kami akan buka bahagian dalaman yang diperlukan seperti seat, carpet dan panel yang terjejas untuk memeriksa setiap kawasan yang berpotensi menjadi punca air masuk. Masalah kebocoran air mungkin datang dari door rubber, lubang lantai, saluran sunroof, bahagian boot, celah body, aircond drain atau kawasan tersembunyi yang lain.
Selepas punca kebocoran dikenal pasti, kami akan cadangkan solution repair yang sesuai dan semak semula kawasan tersebut untuk memastikan masalah telah ditangani dengan lebih baik. Selepas itu, kami akan cuci bahagian interior yang terjejas, bersihkan carpet yang basah atau kotor, keringkan undercarpet foam, cuci seat jika perlu dan bantu kurangkan bau hapak atau bau busuk akibat air yang terperangkap.
Kelebihan servis ini ialah anda tidak perlu pergi satu tempat untuk repair leakage dan satu tempat lain untuk cuci interior. Kami bantu selesaikan masalah kereta masuk air, cuci interior yang basah dan kurangkan bau dalam satu servis lengkap, supaya anda dapat jimat masa, kos dan elak kerja buka pasang interior berulang kali.
Price Range From
Contact Us
Mengapa Pilih Jupiter Car Detailing?
Pakar & Spesialis Interior Cleaning Kereta: Kami telah menyelesaikan 1,000+ masalah pembersihan dan kebocoran sejak 2016. Worry Free, Hasil dijamin.















